Wednesday, December 28, 2016

Pengemis Rindu

Sungguh rindukan kamu itu mahal
Dan aku bukan insan dengan kekayaan
Biarlah aku mengemis walau cuma secebis
Pada kamu yang melangkah pergi




Luno

Tuesday, August 30, 2016

Tua.Akal.Bebal

Bila makin tua, biar makin berakal...
Jangan makin tua, makin bebal...


- Pujangga Melayu Moden








*happy belated birthday untuk aku...

Monday, August 15, 2016

#kuat

Jangan pernah menjauh
Jangan pernah pergi

Aku akan sentiasa dekat
Aku akan sentiasa rapat

Di depan, banyak ranjau
Cacian, hinaan, cemuhan

Kuatlah
Kerana aku akan disisi

Kuatlah
Kerana aku tidak akan melangkah pergi

#carut

Kerja sampai mati
Pada tempat yang tiada hati
Lagi elok angkat kaki
Pergi

Thursday, April 7, 2016

Aku pergi...

Akan tiba satu waktu...
Bila engkau perlu aku...
Aku tiada...

Mengertilah...


Akan tiba satu waktu...
Bila engkau perlu aku...
Aku tiada...

Teguhkanlah...


Akan tiba satu waktu...
Bila engkau perlu aku...
Aku tiada...

Kuatlah...


Akan tiba satu waktu...
Bila engkau perlu aku...
Aku tiada...

Maafkanlah...


Akan tiba satu waktu...
Bila engkau perlu aku...
Aku tiada...

Relakanlah...


Aku pergi untuk mati...

Langkah

Tika insan lain mengatur langkah ke hadapan...
Aku hanya mampu melangkah setempat...








-Luno

Friday, April 1, 2016

Satu hati dua jiwa...

Hati ini satu

Hati ini satu
Baik hati ini
Baik aku
Buruk hati ini
Buruk aku

Hati ini satu
Sakit hati ini
Sakit aku
Gembira hati ini
Gembira aku

Hati ini satu
Gundah hati ini
Gundah aku
Tenang hati ini
Tenang aku

Ia, aku punya hanya satu
Hati yang satu

Tapi,
Mengapa hati yang satu ini
Saat ini, berat untuk aku

Bila ada 2 jiwa untuk hati yang satu
Hati, engkau perlu hati-hati
Moga atas jujurmu, tiada yang mati...

Kerana
Hati ini satu







Luno
08032016

Tuesday, January 15, 2013

Atur Langkah


Mula?
Dimana ia bermula?

Mula?
Bagaimana permulaannya?

Tiada yang sedar
Masa terus berlalu
Tanpa sedar ia telah bermula

Mula bertatih untuk mengorak langkah
Tiap langkah yang masih goyah

Berpimpin, dipimpin agar jatuh bangun bersama
Mengorak langkah untuk kehadapan

Hadapan yang tidak pasti tapi penuh pengharapan
Hadapan yang ingin dicorak agar penuh keceriaan

Semoga setiap atur langkah ini sentiasa diredhai, diberkati...









Luno

Saturday, November 24, 2012

Gadis Tanpa Nama


Hari ini, senyum itu aku punya...
Sekian lama mata tidak bertentang...
Senyum itu jadi pengubatnya...
Hari ini, aku ceria...
Dikala penghujung hari aku mula redha...
Lirik mata, manis senyum, aku terpesona...

Wahai gadis tanpa nama...
Siapakah dikau?
Sudah adakah pemilik lirikan dan senyuman itu?
Jika tiada, sudikah dikau?








Luno








07112012;1720;HPJ

Tuesday, May 15, 2012

Anugerah

Kerana rasa yang dianugerahkan oleh yang Esa,
Adakala aku tidur tidak lena,
Hendak menyuap tiada daya,
Mandiku kering sentiasa,
Semoga dipermudahkan segala untuk aku dan dia





Luno

Berlagak sombong

Bila yang pandai, berlagak...bila yang bodoh, sombong...






- Pujangga Melayu Moden

Talian

tertakluk tanpa sedar...terpaut tidak berpegang...terikat tiada kata 
















- Pujangga Melayu Moden

Rahsia

Rahsia...perlukah ia?
Untuk apa?
Pada siapa?

Rahsia...apa yang dirasa?
Bila punya rahsia
Bila tiada lagi rahsia

Perahsiakah aku?
Demi menjaga hati itu
Salahkah aku?
Menjadi perahsia demi kamu

Perhasiakah aku?
Kerna tidak ingin sesiapa tahu
Salahkah aku?
Walau kamu dihati aku

Aku tiada jawapan kenapa perlu berahsia
Jika ada, ia hanya alasan menyedapkan suasana

Aku ingin berkongsi segala
Tapi dengan siapa?
Maka naluri tidak sedar berkata
Aku perlu berahsia

Bukan tidak mahu dengan kamu
Tapi acap kali lain hasilnya
Kerna apa yang ingin aku cerita
Kamu adalah isinya

Dulu aku pernah berahsia
Atas salah itu
Aku terima padahnya
Maaf kamu ampunkan aku

Kini nota baru
Aku ingin yakinkan kamu
Bila kita bersatu
Tiada lagi rahsia antara aku dan kamu






Luno

Saturday, November 26, 2011

Melepaskan yang hilang...

lebih baik kita lepaskan sesuatu yang kita sayang kerana sakitnya tidak akan lebih dari kehilangan sesuatu.










- Pujangga Melayu Moden

Wednesday, November 23, 2011

Hati seorang pendusta...

Tika aku duduk keseorangan, aku menung jauh...dada berombak pedih di dalam, menyesakkan nafas...

Sayu hati...tunduk tanda kesal, bertakung air di empangan kelopak mata...

Aku mencari-cari kekuatan agar terus kedepan tanpa insan-insan tersayang disisi...

Sungguh aku rasa sunyi...tanpa mereka aku rasa tidak berdaya...

Ingin aku pulang mengunci diri dan aku ingin memecahkan empangan air mata ini sepuasnya...

Mujur masih ada yang mengingatkan aku betapa aku perlu kuat...tapi aku tidak tahu sampai bila aku akan lemah begini...










Jixi

Monday, November 21, 2011

Buat Penyeri Hati...

Suatu tika itu

Aku mencari hati untuk hati hingga mati

Hati yang menginspirasikan hati tika buntu

Hati yang menceriakan hati tika sepi

Hati yang memujuk hati tika sedih

Hati yang menjaga hati hingga mati



Tanggal hari itu

Aku sudah punya hati untuk hati hingga mati

Tapi aku cuai menjaga hati hingga mati

Lalu hati hingga mati ingin pergi

Menangis aku tidak ingin hilang hati hingga mati



Pada saat itu

Aku janji ingin jaga hati hingga mati sampai mati

Aku tidak ingin hati hingga mati berlalu pergi

Kerana sayang aku pada hati hingga mati



Sayang

Jangan engkau berlalu pergi

Kerana tanpa hati hingga mati

Aku akan mati





Luno

Tuesday, September 13, 2011

Kalaulah si comot tahu...

Kalaulah si comot tahu betapa aku merindui dirinya...

Setiap kali si comot kata dirinya comot..aku kata si comot cantik..

Setiap kali si comot kata ingin berhias..aku kata tak perlu..

Setiap kali si comot kata badan makin naik..aku kata makin gebu..

Setiap kali si comot kata makan banyak sangat..aku kata aku suka..

Setiap kali si comot tidak sihat..aku menyesal tak belajar jadi doktor..

Setiap kali si comot berkata isu kewangan..aku malu mengenangkan betapa borosnya aku..

Setiap kali si comot berkata isu yang aku tak faham..aku menyesal tidak ambil tahu hal semasa..

Setiap kali si comot berkata soal agama..aku malu kerana jahilnya aku..

Setiap kali si comot kesusahan..aku tunduk kerana tiada disisinya..

Aku sayang si comot..tapi aku selalu buat si comot menitis air mata..

Aku sayang si comot..tapi aku pernah tipu si comot..

Aku sayang si comot..tapi aku tak pernah nak hargai dia..

Kalaulah si comot tahu betapa aku merindui dirinya...








Jixi

Monday, September 12, 2011

Pesaing

Terdapat 2 jenis pesaing..pesaing yang memberi kata-kata agar kita maju dan pesaing yang memberi kata-kata agar kita jatuh.







Jixi

Saturday, September 10, 2011

Awak...maafkan saya...

Awak
Maafkan saya
Saya sayang awak
Sejak dulu lagi
Tapi kini...sayang saya untuk awak
Sayang seorang sahabat

Awak
Maafkan saya
Saya sayang awak
Sejak kita mula bermasam muka lagi
Tapi kini...sayang saya pada awak
Sayang seorang abang pada adiknya

Awak
Maafkan saya
Saya sayang awak
Sejak kita bertentang mata
Tapi kini...sayang saya untuk dia
Saya janji saya akan jaga awak sebaiknya

Awak
Maafkan saya
Saya sayang awak
Sejak kita kenal lagi
Tapi kini...saya hilang kata-kata
Saya sayang awak hingga akhir hayat


Awak
Maafkan saya
Saya sayang awak
Sejak kita...
Tapi kini...
Saya sayang awak...




Luno

Wednesday, September 7, 2011

Ruginya aku untungnya kamu

Dengan aku dia mahu
Tapi tidak boleh
Ruginya aku
Dengan kamu dia tidak mahu
Tapi masih boleh
Untungnya kamu
Dengan aku
Dia penjaga
Untungnya aku
Dengan kamu
Dia dijaga
Ruginya kamu
Dengan aku
Isinya aku punya
Untungnya aku
Dengan kamu
Kulitnya kamu punya
Ruginya kamu

Lihat betapa beruntungnya aku
Dan betapa ruginya kamu

Tapi aku tetap pilu
Kerana betapa besar untungku
Rugiku tetap melebihimu








Luno