Tuesday, May 15, 2012

Anugerah

Kerana rasa yang dianugerahkan oleh yang Esa,
Adakala aku tidur tidak lena,
Hendak menyuap tiada daya,
Mandiku kering sentiasa,
Semoga dipermudahkan segala untuk aku dan dia





Luno

Berlagak sombong

Bila yang pandai, berlagak...bila yang bodoh, sombong...






- Pujangga Melayu Moden

Talian

tertakluk tanpa sedar...terpaut tidak berpegang...terikat tiada kata 
















- Pujangga Melayu Moden

Rahsia

Rahsia...perlukah ia?
Untuk apa?
Pada siapa?

Rahsia...apa yang dirasa?
Bila punya rahsia
Bila tiada lagi rahsia

Perahsiakah aku?
Demi menjaga hati itu
Salahkah aku?
Menjadi perahsia demi kamu

Perhasiakah aku?
Kerna tidak ingin sesiapa tahu
Salahkah aku?
Walau kamu dihati aku

Aku tiada jawapan kenapa perlu berahsia
Jika ada, ia hanya alasan menyedapkan suasana

Aku ingin berkongsi segala
Tapi dengan siapa?
Maka naluri tidak sedar berkata
Aku perlu berahsia

Bukan tidak mahu dengan kamu
Tapi acap kali lain hasilnya
Kerna apa yang ingin aku cerita
Kamu adalah isinya

Dulu aku pernah berahsia
Atas salah itu
Aku terima padahnya
Maaf kamu ampunkan aku

Kini nota baru
Aku ingin yakinkan kamu
Bila kita bersatu
Tiada lagi rahsia antara aku dan kamu






Luno

Saturday, November 26, 2011

Melepaskan yang hilang...

lebih baik kita lepaskan sesuatu yang kita sayang kerana sakitnya tidak akan lebih dari kehilangan sesuatu.










- Pujangga Melayu Moden

Wednesday, November 23, 2011

Hati seorang pendusta...

Tika aku duduk keseorangan, aku menung jauh...dada berombak pedih di dalam, menyesakkan nafas...

Sayu hati...tunduk tanda kesal, bertakung air di empangan kelopak mata...

Aku mencari-cari kekuatan agar terus kedepan tanpa insan-insan tersayang disisi...

Sungguh aku rasa sunyi...tanpa mereka aku rasa tidak berdaya...

Ingin aku pulang mengunci diri dan aku ingin memecahkan empangan air mata ini sepuasnya...

Mujur masih ada yang mengingatkan aku betapa aku perlu kuat...tapi aku tidak tahu sampai bila aku akan lemah begini...










Jixi

Monday, November 21, 2011

Buat Penyeri Hati...

Suatu tika itu

Aku mencari hati untuk hati hingga mati

Hati yang menginspirasikan hati tika buntu

Hati yang menceriakan hati tika sepi

Hati yang memujuk hati tika sedih

Hati yang menjaga hati hingga mati



Tanggal hari itu

Aku sudah punya hati untuk hati hingga mati

Tapi aku cuai menjaga hati hingga mati

Lalu hati hingga mati ingin pergi

Menangis aku tidak ingin hilang hati hingga mati



Pada saat itu

Aku janji ingin jaga hati hingga mati sampai mati

Aku tidak ingin hati hingga mati berlalu pergi

Kerana sayang aku pada hati hingga mati



Sayang

Jangan engkau berlalu pergi

Kerana tanpa hati hingga mati

Aku akan mati





Luno