Engkau hadir tanpaku jangka
Hadir dengan rasa
Rasa yang lama telah kulupa
Engkau datang menjenguk diri
Datang dengan penuh pengisian
Pengisian untuk hati ini
Aku jemput hadirmu
Aku sambut datangmu
Dengan penuh alu-aluan
Seikhlas mungkin yang dapat aku berikan
Denganmu aku penuh ketenangan
Ketenangan yang tidak pernah aku rasakan
Ketenangan yang tidak aku jangkakan
Ketenangan yang cukup nyaman
Tapi
Laut mana yang tiada gelora
Gurun mana yang tiada terik mentari
Tanah mana yang tiada gegar
Angin mana yang tiada ribut
Penafianmu tanpa pengakuan
Aku terima tanpa gusar
Dengan penuh ketenangan
Kerana rasa yang telah engkau isikan
Namun engkau tewas juga
Pengakuanmu itu terlalu hebat
Mengoncang ketenangan
Mengikiskan rasa
Tapi aku yakin
Jika ikhlas sentiasa bersama diri
Engkau dan aku pasti........
gila jiwang gak aku nie kadang2...huhu...tapi aku ase aku nie mmg ade soul gak lar... ^__^