Wednesday, July 20, 2011

Dipimpin berlari

Apabila yang pantas berlari, dipimpin untuk berjalan.






- Pujangga Melayu Moden

Sunday, July 17, 2011

Bodoh dan bijak

Biar bodoh tapi tidak bebal, jangan bijak tapi tidak cerdik



- Pujangga Melayu Moden

Thursday, July 14, 2011

Hati takut

Bukan hati tidak ingin lagi menyampaikan rasa
Tapi hati ini takut ada hati akan terluka
Kerana hati ini tahu
Rasa yang dituai
Tidak dapat dibajak bersama










Luno

Mudah lupa yang mudah

Kadang-kadang kita lupa yang mudah




- Pujangga Melayu Moden

Wednesday, July 6, 2011

Ribut hati nelayan

Fajar itu bertukar suram

Angin bayu bertukar kencang
Ribut memberi tanda untuk menjengah

Halilintar menunjukkan tanda
Awan hitam nun jauh ditengah sana
Nyaman pagi sudah pudar
Nelayan mula resah
Adakah rezeki mereka di pagi itu








Jixi

Tuesday, July 5, 2011

Serabut mudah susah

Yang serabut itu mudah...yang mudah itu susah



- Pujangga Melayu Moden

Berkali-kali

Dan untuk keberapa kalinya
Ia terjadi

Dan untuk keberapa kalinya
Aku tunduk sesal sendiri

Dan untuk keberapa kalinya
Ingin berubah lagi

Dan untuk keberapa kalinya
Aku tewas lagi

Maka
Dan untuk keberapa kalinya
Skrip sama berulang lagi

Dan untuk keberapa kalinya
Ia terjadi
Aku tunduk sesal sendiri
Ingin berubah lagi
Aku tewas lagi





Luno

Monday, July 4, 2011

Madah cinta

Cinta
Hadir tak dijemput

Ingin ku karang madah tentang cinta

Namun
Layakkah aku

Buntu ilham

Tiada isi...kosong

Cinta ada benarnya seperti skesta Nabil

Cinta ada benarnya seperti sinetron
Cinta ada benarnya seperti adamaya
Cinta ada benarnya seperti.....

6 billion manusia yang ada

Ada 6 billion kisah cinta
Adakah 6 billion yang bahagia
Adakah 6 billion yang dukacita

Kuatkah cintaku pada yang Satu

Kuatkah cintaku pada rasul-Nya
Kuatkah cintaku sesama makhluk
Kuatkah cintaku pada insan tersayang

Bahagiakah korban cinta untuk insan

Dukacitakah korban cinta untuk insan

Yang pasti

Hanya satu cinta yang hakiki





Jixi

Friday, July 1, 2011

Orang luar dalam

orang luar bising melatah, orang dalam sepi tanpa kata









- Pujangga Melayu Moden