Wednesday, June 29, 2011

Lakonan hati

Diluar mu
Terukir sebentuk senyuman
Jauh didalam
Gugurnya titis air itu

Diluar mu
Gugurnya titis air itu
Umpama tanda syahdu
Jauh didalam berjuta sebak

Tercorak perkara itu dikotak fikirku
Mungkinkah begitu
Mungkinkah tidak
Apa rasa mu









Luno

Tuesday, June 28, 2011

Dia begitu

Maka menyepilah dia kerana dia
Tanpa diketahui bahawa dia menantikan dia
Sentiasa ditempat yang sama seperti kebiasaan

Kerana dia mula merasakan kesunyian tanpa dia
Dia yang mempelbagaikan warna untuk dia dengan telatahnya

Tiada dia tahu sampai bila
Sedang dia tahu apa yang dia lakukan itu adalah yang terbaik untuk dia

Tersenyumkah dia sekarang atau sebaliknya
Sentiasa dia fikirkan akan dia

Dan segalanya kerana dia
Dia begitu

Begitu juga dia
Kerana dia
Dia begitu






Luno

Memori Tanglung Hijau

Dan ketika tanglung hijau itu kelihatan
Memori hijau itu mekar
Mekar meresap dan akar-akarnya memegang kuat tapak memori
Memori yang tidak tertuai dengan sempurna
Akan tetapi tumbuh subuh dengan mekarnya







Luno

Cari

mencari yang tidak terjumpa, hilang akibat pengabaian







- Pujangga Melayu Moden

Sunday, June 26, 2011

Syukur

ingin berlebih dari yang diperoleh





- Pujangga Melayu Moden

Sesal

dan apabila pengkhianat menyesal






- Pujangga Melayu Moden

Saturday, June 25, 2011

Engkau tiada

Telah ku pilih jalan itu
Tapi aku hilang arah
Kosong

Kelihatan destinasi di depan mata
Namun keliling ku tiada jalan
Buntu

Tertekan...lepaskan
Bagaimana

Aku punya kompas
Langkah ku mati
Tanpa penunjuk arah

Hilangnya penunjuk arah
Walaupun kompas itu aku ada
Aku masih berdiri
Sekali lagi...buntu
Kerana kebodohan tidak belajar

Ingin aku mengorak langkah
Takut
Kerana langkah ini tiada langkah undur

Penunjuk arah
Aku perlu...










Luno

Thursday, June 23, 2011

Cinta Si King Kong

Dan kerana kebijaksanaan Ann
Dia terpesona
Dan kerana ketegasan Ann
Dia terkedu
Dan kerana kecantikan Ann
Dia jatuh cinta

Dan kerana Ann
Dia diperangkap
Dibawa keluar
Dipertonton

Dan kerana Ann
Dia bangkit
Bangkit mencari Ann

Dan kerana Ann
Dia mati
Membawa cintanya hingga akhir hayat
Cintanya pada Ann











Jixi

Air mata

Mengalirnya air mata
Dengan pelbagai cara
Kerapnya kerana berduka
Jarangnya kerana gembira
Kini
Air mata ku mengalir
Tapi tidak terlihat
Kerana suka atau duka
Hanya yang tahu, tahu...






Luno

Thursday, June 16, 2011

Aku ke sana...

Niat dihati
Mulut menyampai
Tidak terduga
Ia menjadi mudah
31 jam menjadi tempoh
Lalu terkenang mereka yang terdahulu

Jejak kaki diatas tanah-Mu
Rasa longlai tidak bermaya entah kemana
Hati melonjak gembira

Dari celah-celah tiang
terlihat lembaran hitam
Hati berdebar bagai tidak percaya

Kini kiblat ku di depan mata
Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar
Tiada ungkapan dapat dihurai untuk mengambar perasaan diri

Tenang
Itu yang mampu ku lafaz











Jixi

Kehilangan

Rasa itu sungguh bernilai
Tidak terbeli
Tidak terjual
Tidak terjumpa
Tidak tercari
Ia hadir dengan sendiri

Rasa itu sungguh asyik
Membuatkan
Aku rasa puncak itu aku tuannya
Membuatkan
Aku rasa lautan itu aku penakluknya
Membuatkan
Aku rasa kehijauan itu aku pemiliknya
Semua dalam genggaman

Aku leka dalam keterujaan
Aku lalai dalam keasyikan










Luno

Wednesday, June 15, 2011

Milik

Aku tidak pernah memiliki dia
Tapi
Aku pernah memiliki dia untuk suatu masa
Dan
Aku juga pernah memiliki dia untuk seketika
Kini
Aku ingin memiliki dia untuk selama-lamanya





Luno

Tuesday, June 14, 2011

Rasa dipersoal

Dengan tiba-tiba
Terasa wujud kegoyahan
Tindakan itu dipertikai
Sungguh aku punya sebab
Yang tidak mampu diucap
Setiap tutur dianggap kata manis
Pedih

Sakit
Rasa itu seakan dipersoal
Sungguh rasa itu masih tebal
Tebal bersama kemanisan
Tapi aku biarkan dengan penuh kepahitan

Pasti
Aku tidak akan membelakangkan rasa itu
Walaupun tidak lagi menjadi sangkar hati ini







Luno

Paku

Dari sebiji paku berbentuk pedang
Hingga paku yg beribu kedutan
Aku hanya mampu memandang
Rasa yang mekar dilaman orang





Luno

Teruja

Semalam aku bersedih
Hari ini aku masih
Tapi sedikit teruja
Kerana aku tahu, ada kehidupan yang bakal bermula
Ooh..tapi aku masih walaupun teruja
Tapi sampai bila





Luno

Aku

Aku pernah memendam rasa
Aku pernah menyatakan pada semua
Aku pernah teresak ditinggal pergi
Aku pernah diam melangkah pergi

Itu aku pada kamu







Luno

Ia

Dan kerana ia..
Terkorban apa yang dipanggil rasa..
Sungguh ia membunuh..
Membiarkan rasa itu sakit..
Untuk sembuh, entah bila..
Mungkin dimamah usia, atau terbuku dilubuk yang dalam..




Luno

Monday, June 13, 2011

Changes

everything changes but nothing change...









- Take Me Home Tonight

H.O.L

to have, to own and to lose...





- Orang Melayu Cakap Omputih...

Manis dan Pahit

kemanisan itu nikmat...kepahitan jua pengubat





- Pujangga Melayu Moden

Intai

mengintai yang kelihatan tapi tidak terlihat





- Pujangga Melayu Moden

Parut

kalau hati sudah berparut..plastic surgery pun tak dapat nak hilangkan




- Pujangga Melayu Moden

Kura-kura

seperti kura-kura belajar berjalan




- Pujangga Melayu Moden

Rindu yang sepi

bila rindu tidak terungkap..hanya sepi yang berlagu




- Pujangga Melayu Moden

Cinta itu buta

cinta tidak buta..tapi manusia yang buta untuk mengenal cinta




- Pujangga Melayu Moden

Sepi

sepilah dunia jika tiada madah




- Pujangga Melayu Moden

Hanya Mulut

berkata x semestinya bijak, senyap x semestinya lembab...bercakap x bermakna murai, diam x bermakna bisu





- Pujangga Melayu Moden

Mata dan Mulut

mata ingin melihat yg jauh tp mulut yg mencari teleskop




- Pujangga Melayu Moden

Akal

mencari akal biar panjang sedang akal sebesar itu





- Pujangga Melayu Moden

Tua Muda

yang tua dok bersembang, yang berusia dok gelenyar...yang muda dok tercenggang, bengang




- Pujangga Melayu Moden

Rajin

keje rajin2..makan sungguh2



- Pujangga Melayu Moden

Pengorbanan

pengorbanan sentiasa mengecewakan..tiadakah yang mengembirakan??




- Pujangga Melayu Moden

Anugerah

rindu itu anugerah tuhan...cume manusia salah menilai...




- Pujangga Melayu Moden

Sempurna

mencari kesempurnaan dalam insan..maafkan aku..kerana aku hanya menyempurnakan dirimu


- Pujangga Melayu Moden

Masa

kalo la mase boleh diputar, akan aku cepatkan mase agar aku tahu mase hadapan, supaya aku dpt kembali ke mase silam, utk aku capai ape yg aku inginkan


- Pujangga Melayu Moden

Cinta dan sakit

Jikalau mencintai kamu itu satu penyakit, biarlah aku terus sakit




- Pujangga Melayu Moden