Dengan aku dia mahu
Tapi tidak boleh
Ruginya aku
Dengan kamu dia tidak mahu
Tapi masih boleh
Untungnya kamu
Dengan aku
Dia penjaga
Untungnya aku
Dengan kamu
Dia dijaga
Ruginya kamu
Dengan aku
Isinya aku punya
Untungnya aku
Dengan kamu
Kulitnya kamu punya
Ruginya kamu
Lihat betapa beruntungnya aku
Dan betapa ruginya kamu
Tapi aku tetap pilu
Kerana betapa besar untungku
Rugiku tetap melebihimu
Luno
No comments:
Post a Comment